Kerjaya kelab Jorge Luiz Frello

Kerjaya awal

Beliau dilahirkan di Brazil tetapi berpindah ke Itali pada usia yang teramat muda dan dibesarkan di negara itu. Beliau menjadi pemain remaja kelab Verona. Pada Jun 2010, Jorginho dipinjam ke kelab A.C. Sambonifacese] dan beliau bermain pada musim pertamanya sebagai pemain senior di kelab Veneto. Beliau telah beraksi sebanyak 31 kali dan menjaringkan satu gol serta membuat sepuluh hantaran.

Hellas Verona

Selepas menghadapi musim yang baik di Sambonifacese, beliau kemudian kembali ke Verona. Beliau membuat penampilan pertama untuk kelabnya pada 4 Septmber 2011 pada perlawanan menentang Sassuolo, beliau menjadi pemain gantian pada minit ke-76.

Napoli

Pada 18 Januari 2014, beliau menyertai kelab Napoli dengan kontrak empat tahun setengah. Pada 12 Februari, beliau menjaringkan gol lewat perlawanan dan mengubah kedudukan 3-2 untuk membawa Napoli ke perlawanan akhir Coppa Italia 2014 ke atas Roma. Pada perlawanan akhir, Jorginho bermain 90 minit ketika Napoli menewaskan Fiorentina 3–1.<

Pada Supercoppa Italiana 2014 yang berlangsung di Doha pada 22 Disember, beliau menggantikan Jonathan de Guzmán pada separuh masa kedua masa tambahan. Beliau mengambil tendangan penalti pertama buat pasukan Napoli dalam penentuan penalti tetapi Gianluigi Buffon dapat membaca bola Jorginho. Walau bagaimanapun, Napoli menjuarai kejohanan itu.